Posisi menyusu bayi yang sesuai

on October 25, 2022 .
Terdapat begitu banyak posisi yang berbeza yang boleh dilakukan oleh mama untuk menyusukan bayi, sambil mengumpul susu yang berharga dengan pam Haakaa.
Apabila bayi membesar, anda mungkin akan mengubah posisi untuk menyusu
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kami telah memasukkan beberapa posisi penyusuan biasa. Jom tengok :
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Dibuai (Cradled)
Ini kedudukan yang paling biasa, menghadap ke arah bayi dibuai di tangan anda semasa menyusu,
 
 
 

Buaian Silang (Cross Cradle)
Kedudukan ini memberi mama sedikit lebih kawalan, dan keupayaan untuk membantu bayi menyusu. Ini berfungsi dengan baik untuk bayi pramatang dan boleh membantu bayi kekal menyusu.
 

Pegangan bola sepak (Football hold)
Kedudukan ini sangat membantu untuk bayi yang lebih kecil, wanita dengan payudara yang lebih besar atau ibu dengan puting inverted atau rata kerana ia membantu mencapai menyusu yang lebih dalam. Ia juga bagus untuk ibu yang baru menjalani pembedahan c-section, supaya bayi tidak menyentuh luka jahitan. Jika bayi agak besar dan suka menendang Haakaa pam, ini juga boleh menjadi kedudukan yang berguna!

 
 
⠀⠀⠀
Santai (Laidback (mama))
Kedudukan yang bagus untuk penyusuan yang dipimpin oleh bayi dan kulit ke kulit. Jika anda mempunyai bayi yang susah menyusu, berbaring boleh membantunya selesa untuk menyusu, disebabkan oleh graviti.
 

 
⠀⠀⠀⠀⠀
 
Sebelah Santai (Side lying)
Sangat bagus untuk ibu yang pernah bersalin secara faraj, dan mengalami masalah perineum dan kawasan faraj yang menyakitkan.

Duduk boleh menjadi agak tidak selesa untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran. Ini juga merupakan posisi yang bagus apabila anda ingin berbaring dan berehat sambil menyusukan bayi. Ia juga bagus untuk mama-mama yang pernah menjalani C-section, jika baring mengiring adalah selesa.

 
 
Apakah posisi yang anda rasa paling mudah dan selesa untuk anda dan bayi semasa menyusu?

Comments

Attention: You need to logged in to comment!